malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Kepuasan hati pada PM turun lepas harga minyak naik'
Diterbitkan:  Oct 30, 2014 5:15 PM
Dikemaskini: 9:48 AM
ADS

Suara tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini hampir sama banyak apabila 48 peratus berpuas hati dan 45 peratus lagi sebaliknya, menurut sebuah tinjauan.

Angka terkini itu sama seperti tahap kepuasan hati kepadanya pada bulan Jun lalu.

Walaupun trend peningkatan kadar puas hati kepadanya meningkat pada bulan Julai (51 peratus) dan Ogos (54 peratus), ia turun kembali enam peratus pada bulan ini.

Firma penyelidik Merdeka Center percaya penurunan itu ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 Oktober lalu.

Tinjauan itu dijalankan pada 1,005 pengundi pada 11 dan 26 Oktober.

Sementara itu, kadar tidak puas hati kepada Najib juga meningkat daripada 38 kepada 45 peratus antara Ogos dan bulan ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen