malaysiakini logo
story-image
ADS

Program PERMATA di bawah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mendapat sambutan dari pelbagai negara kata seorang ahli Parlimen BN.

Dalam ucapan perbahasan Bajet 2015 Datuk Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) mempertahankan Rosmah dari "persepsi buruk" MP pembangkang dengan menyatakan Rosmah dan PERMATA telah mendapat pengiktirafan dari Permaisuri Qatar dan Presiden Zambia.

"Rosmah mempunyai hati yang baik, beliau menjaga anak-anak itu. Janganlah ada persepsi buruk (terhadap Rosmah).

"PERMATA terbukti melahirkan kanak-kanak pintar dan bijak, bukannya hang akan gigit telinga polis dan protes di pagar universiti," kata Azeez menyindir MP Pembangkang yang bertikam lidah dengan beliau.

MP Batu Tian Chua, Zuraidah Kamaruddin (PKR-Ampang) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bergilir-gilir menyoal apakah sumbangan PERMATA kepada pendidikan negara.

Hal itu bagaimanapun gagal dijawab oleh Azeez yang mahu mereka bertanya kepada Kementerian Pendidikan.

Bagaimanapun Azeez mempelawa mereka untuk bertemu sendiri Rosmah until mengubah persepsi buruk terhadap isteri perdana menteri itu.

"Kalau nak jumpa Rosmah, tak ada masalah, saya boleh bawa jumpa tapi jangan ada persepsi buruk hanya kerana beliau isteri PM," kata beliau.

Lihat Komen