malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pengerusi DAP S'wak dikritik komen lagu Negaraku di pawagam
Diterbitkan:  Sep 17, 2014 9:14 AM
Dikemaskini: 3:05 AM
ADS

Satu leteran di Facebook berhubung lagu kebangsaan, Negaraku, yang dimainkan di pawagam menyebabkan pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menjadi sasaran kritikan pengguna media sosial.

 

Dalam postingnya Chong menganggap memainkan lagu Negaraku sebelum tayangan filem sebagai "an absolute disgrace"  dan "ridiculous" dan warga maya menyifatkan tulisannya itu sebagai "memalukan".  

 

Dalam posting yang dimuat naik pada Hari Malaysia, Chong mengadu

bahawa penonton di sebuah pawagam di Kuching Sabtu lalu kebingungan apabila lagu kebangsaan itu dimainkan sebelum tayangan filem.

“All the people around me look at each other with the look of puzzle n amusement in their eyes, as if asking aloud "What the hell is going on?" Some actually did. Some even laughed out in disdain.

 

“The question is exactly "What's going on?" Since when has this playing of national anthem in cinema started?

 

“Is Malaysia heading towards the Communist Mao era where everywhere you go, you must shout out loud and show that you are a patriot?” he asked.

Chong tertanya-tanya bagaimana beliau akan menjelaskannya kepada "rakan-rakannya dari kalangan warga asing" dan sama ada rakyat Malaysia selepas ini akan dipaksa berbuat demikian "before dinner, before bedtime and before S...."

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu tidak menyatakan perkataan terakhir itu.

 

Chong mohon maaf

 

Chong, yang juga naib pengerusi DAP kebangsaan, membuang posting itu selepas kira-kira lima jam dan menarik balik kata-katanya itu.

 

Katanya, walaupun beliau merasakan bahawa tidak sesuai untuk memainkan lagu kebangsaan di tempat hiburan seperti di pawagam, tetapi tegasnya, kata-kata yang beliau gunakan adalah tidak sesuai.

Sehubungan itu, beliau menarik balik postingnya itu dan memohon maaf atas komen yang dibuatnya, sambil menegaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk merendahkan maruah lagu kebangsaan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen