malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pelajar warga Zimbabwe disahkan tak hidap ebola
Diterbitkan:  Sep 17, 2014 5:52 AM
Dikemaskini: Sep 17, 2014 2:50 AM
ADS

Pelajar warga Zimbabwe yang sebelum ini dikuarantin kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, telah disahkan negatif, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.  

    

Beliau berkata keputusan tersebut diperolehi melalui ujian makmal ke atas sampel klinikal pelajar itu yang telah dijalankan hari ini di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh dan mendapati ia negatif kepada virus Ebola.

    

"Pada ketika ini beliau dalam keadaan beransur pulih dan memberikan respon yang baik kepada rawatan yang diberikan," katanya dalam kenyataan malam tadi berhubung perkembangan terkini kes tersebut.

    

ehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan semula bahawa sehingga kini tiada kes EVD (Ebola virus disease) di Malaysia.

    

Namun, KKM akan terus memperkukuh kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit EVD ke dalam negara, katanya.

    

"KKM juga melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan memantau situasi kejadian ini dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," tambahnya.

    

Pelajar warga Zimbabwe yang berusia 24 tahun itu kini dirawat di Hospital Umum Kuching, Sarawak.

- Bernama

Lihat Komen