malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ahmad Mazlan: Jangan anggap PAS seperti agama
ADS

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan memberi peringatan kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor agar tidak menganggap PAS seperti agama. 

Menurutnya, berdasarkan maklum balas daripada akar umbi, beliau mendapati terdapat penduduk di kawasan itu yang menganggap PAS sebagai satu akidah. 

 
Dengan memberikan contoh di lima Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang kalah kepada pembangkang, Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, penduduk di sesetengah kawasan seperti tidak menghiraukan "layanan" baik yang telah diberi oleh kerajaan pusat. 
 
"Mereka anggap PAS ini sebagai satu akidah yang tak boleh diganggu-gugat dalam kehidupan. Walaupun di lima PDM ini kawasan pantai, dan nelayan ini dibantu dengan baik oleh kerajaan pusat, namun kelihatan mereka tak hiraukan sangat tentang bantuan itu. 
 
"Macam-macam kita dah buat untuk nelayan namun mereka masih anggap PAS itu sebagai satu akidah. Ini yang kita cuba nak pecahkan. Di kawasan Geting misalnya, yang pekat dengan kefahaman itu.
 
"Kita cuba nak pecahkan kebuntuan fikiran itu. PAS bukan agama. PAS juga parti politik sama macam Umno, PKR, DAP," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan di Pusat Media DUN Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. 
 
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
 
Dalam pilihan raya umum 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
 
BN kalah di lima kawasan PDM dalam DUN itu iaitu Telaga Bata, Geting, Ketil, Tebing dan Kedai Geting.
 
 
Lihat Komen