malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Majlis angkat sumpah MB hanya spekulasi'
ADS

Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangkis khabar angin bahawa seorang menteri besar baru akan mengangkat sumpah pada hari Jumaat ini bagi menggantikan kedudukannya.

Beliau berkata Istana Selangor pada tradisinya akan memberi masa yang mencukupi untuk mengatur upacara tersebut.

Ia melibatkan jemputan bagi individu terlibat dan majlis tersebut juga tidak akan dibuat secara rahsia, katanya.

"Saya tiada komen. Semua ini kalau dilakukan ia akan ikut beberapa proses tertentu.

"Kepada kebiasaannya tradisi Selangor ada jemputan bertulis dari istana untuk jemput orang-orang hadir dan ia beri ruang masa serta tak perlu ada spekulasi," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Beliau mengulas khabar angin bahawa seorang ADUN Selangor telah dipanggil untuk mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Jumaat ini.

Buat masa ini, pihak Istana masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Beri ruang pada sultan

Khalid bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai pengganti beliau kerana beranggapan ia bakal mengelirukan banyak pihak.

Justeru, beliau menyerahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat pilihan pengganti beliau.

"Tentang pemilikan MB, kita dinasihatkan supaya tak buat apa-apa kenyataan kerana akan mengelirukan.

“Kita dinasihati supaya beri ruang dan usaha ke Tuanku Sultan melalui pejabat istana negeri melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur.

"Jadi, saya rasa kebijaksanaan dan kesabaran tuanku patut beri kepercayaan dan saya harap perkara ini dapat selesai dengan baik dan utamakan keutamaan kepentingan Selangor," kata beliau.

Lihat Komen