malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Penggal kepala' Dayak: Laporan polis dibuat
ADS

NGO Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) hari ini membuat laporan polis berhubung dua tulisan di Facebook yang mengajak supaya kepala golongan Dayak dipenggal.

Tulisan di Facebook “JIM - Jemaah ISIS Malaysia” itu antaranya menyebut: "Sabah Sarawak adalah negeri kafir maka wajib ke atas umat Islam menyembelih rakyat mereka di sana."

Sementara sebuah lagi mengaitkan penduduk pribumi Borneo itu sebagai “golongan yang berpakaian tetapi bertelanjang dan mereka akan menghuni api neraka”, seperti disebut dalam hadis.

"Yang dimaksudkan itu adalah Dayak. Mereka bercawat tapi masih nampak kemaluan. Barang siapa bertemu dengan golongan ini. Penggallah kepalanya,” demikian tulisan itu.

Semakan Malaysiakini pada 5.20 petang mendapati Facebook itu telah tiada.

Bercakap di balai polis Sungai Maong, Kuching, Setiausaha DNC Alim Mideh ( kanan ) menuntut polis menjalankan siasatan segera kerana tulisan itu bukan sahaja menghasut tetapi juga boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama.

“Masyarakat Dayak sangat marah dengan kenyataan ini. Bagi mengelakkan insiden tidak diingini, bagi menjamin keharmonian kaum di tahap terbaik, polis harus menjalankan siasatan segera dan menghentikan kenyataan menghasut ini.

“Jika polis tidak bertindak, anggota masyarakat Dayak lain yang terlalu emosional mungkin meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri,” kata Alim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen