malaysiakini logo
story-image
ADS

Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke ibu negara dilaporkan perlahan pada sebelah petang akibat pertambahan kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik  perlahan bermula dari Simpang Pulai ke Tapah dan Bidor ke Slim River.

Trafik juga perlahan sebelum memasuki plaza tol Juru ke Bukit Tambun dan Port Dickson menuju Nilai, katanya kepada Bernama.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata aliran trafik masih perlahan dari Seberang Jaya ke Jawi dan Changkat Jering ke Kuala Kangsar.

Trafik juga dilaporkan perlahan di Km 48.5 Bukit Tinggi ke Genting Sempah di Km 39 Pahang, katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama

Lihat Komen