malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP tuntut Zuhdi mohon maaf
Diterbitkan:  Jul 30, 2014 12:00 PM
Dikemaskini: 4:10 AM
ADS

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua menuntut anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar memohon maaf ekoran kenyataan "rasis dan ekstremis" beliau.

Menurut Tony, parti Islamik itu berhak menganalisa akan kewajaran untuk mereka kekal dalam Pakatan Rakyat.

Namun tegasnya, bahagian kedua "analisis" Zuhdi yang dibocorkan menerusi applikasi WhatsApp anggota jawatankuasa PAS Pusat itu memberangkan ramai rakyat Malaysia.

"Rakyat Malaysia meminta supaya Dr Mohd Zuhdi menyedari pemikiran sempit beliau dan memohon maaf atas pendapatnya.

"Jika beliau tidak kesal dengan pemikiran yang rasis dan ekstremis itu, kami tidak ingin Dr Mohd Zuhdi terus berada dalam Pakatan Rakyat, walaupun beliau mungkin tidak berniat untuk keluar (dari Pakatan).

Tony merujuk kepada kenyataan Zuhdi tentang "menjentik DAP, gereja dan golongan bukan Islam yang melalak tentang isu Allah dan serbuan gereja".

Sehingga kini, Zuhdi menjelaskan bahawa beliau menggunakan "bahasa imaginasi" untuk menggambarkan senario PAS keluar dari Pakatan.

Jelasnya juga, beliau sendiri tidak menyokong sebarang cadangan untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Lihat Komen