malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PAS: Henti bincang isu MB S'gor secara terbuka
Diterbitkan:  Jul 29, 2014 7:36 PM
Dikemaskini: 11:39 AM
ADS

PAS mengarahkan pemimpin PAS di semua peringkat supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak supaya bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat berhubung perkara berkenaan pada 10 Ogos nanti, lapor Harakahdaily.

“Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti,” katanya seperti dilapor portal berita itu.

Beliau berkata demikian selepas mengikuti perkembangan isu kedudukan Khalid sebagai menteri besar negeri itu yang mendapat reaksi pelbagai peringkat kepimpinan PAS termasuk mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

Dalam laporan itu juga, beliau berkata tidak seharusnya berlaku kenyataan yang menyerang peribadi antara satu sama lain di kalangan pemimpin PAS, sebaliknya menganjur supaya mengikut kaedah berjamaah ketika berbeza pendapat.

Laporan itu juga menyebut Mustafa menasihatkan semua peringkat kepimpinan PAS supaya perbezaan pandangan dan pendapat tidak diluahkan secara terbuka dan bebas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti kepada pandangan umum.

“Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu,” katanya.

Lihat Komen