malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP: PAS jangan layan isu perpecahan
Diterbitkan:  Jul 29, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: Jul 30, 2014 1:25 PM
ADS

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata pemimpin tertinggi PAS perlu "menjauhkan diri" dari perbincangan kontroversi berhubung perpecahan Pakatan Rakyat, seperti yang dibocorkan semalam.

Katanya, rakan komponen Pakatan Rakyat itu juga mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong di seluruh negara kepada parti itu.

Beliau berkata kenyataan Mohd Zuhdi berhubung perpecahan gabungan parti itu merupakan "satu pengkhianatan" kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, mana-mana pemimpin yang mencadangkan untuk bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor "perlu dikutuk".

"Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi bahwa kerusi yang dimenangi PAS di Selangor adalah di bawah payung Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bertanding dalam PRU13 dengan manifesto bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam kenyataan medianya, Anthony juga berkata secara peribadi "tidak pernah membayangkan" bahawa pemimpin PAS boleh terfikir untuk bekerjasama dengan Umno.

"DAP menyeru PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat seluruh negara terhadap PAS," katanya

[Baca berita penuh]

Lihat Komen