malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rosmah hantar pesan pada Putin: Telefon Najib
Diterbitkan:  Jul 18, 2014 8:59 PM
Dikemaskini: 1:26 PM
ADS

dikemaskini 9.20 malam Rosmah Mansor berpesan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin supaya menghubungi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tragedi MH17.

Laporan ringkas melalui portal Sin Chew Daily menyebut bahawa Rosmah menyampaikan pesanan itu menerusi seseorang yang rapat dengan Putin ( kanan ).

Laporan itu menyebut Rosmah berharap Putin akan menelefon Najib untuk menjelaskan isu berkenaan bagi menenangkan rakyat Malaysia yang berang dengan insiden itu.

Bagaimana pun, laporan Sin Chew itu tidak menyebut tempat kenyataan Rosmah itu dibuat.

Laporan Bernama menyebut Rosmah menghadiri satu acara Wanita Umno di Kuala Lumpur awal hari ini namun, agensi itu tidak menyebut tentang pesanan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen