malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isu Umcedel, Saifuddin letak jawatan felo
ADS

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) hari ini.

Ini sebagai membantah tekanan supaya pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan meletak jawatan.

Saifuddin memberitahu Malaysiakini , Dr Redzuan diminta berbuat demikian kerana kajian yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan.

"Beberapa bulan lepas, naib canselor UM itu ditemui oleh beberapa pegawai Kementerian Pendidikan yang menasihatkan agar Redzuan meletakkan jawatan," kata beliau kepada Malaysiakini.

Selain jawatan pengarah Umcedel, tempoh kontrak Redzuan sebagai dekan di Fakulti Seni dan Sains Sosial yang tamat hari ini, turut tidak dilanjutkan.

[Baca berita penuh ]