malaysiakini logo
story-image
ADS

Dua   P baru, masing-masing dari BN dan DAP, mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini semasa pembukaan mesyuarat kedua penggal kedua sidang Parlimen ke-13, hari ini.

MP baru yang mewakili Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong dari BN, dan Ramkarpal Singh dari DAP yang mewakili Bukit Gelugor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Timbalan Speaker Dewan, Datuk Ronald Kiandee.

Ramkarpal mewakili Bukit Gelugor selepas berjaya mengekal kerusi yang disandang mendiang bapanya, Karpal Singh, dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor.

Mah pula merampas kembali kerusi Teluk Intan, yang sebelum ini disandang DAP, dalam pilihan raya kecil 31 Mei lalu.

[Berita penuh menyusul]