malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Azmin: Saya dipersalah kerana masalah PKR
ADS

Penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata beliau dipersalahkan atas segala masalah dalam parti, sepertimana ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersalahkan atas segala isu dalam negara.

Azmin berkata beliau antara lainnya dikaitkan dengan kes penipuan dalam pemilihan PKR, melibatkan cabang Batang Sadong di Sarawak.

Pemilihan di cabang berkenaan kini digantung sementara satu siasatan dijalankan oleh jawatankuasa pemilihan atas dakwaan ketidaklaziman yang berlaku.

“Saya tahu banyak tuduhan ke atas saya kerana ada kempen dalaman pemilihan parti sedang berlangsung, tapi janganlah berlebih-lebih,” katanya.

“Saya agak terganggu, tapi tidak kisah. Ingatlah apa yang Anwar kata, kita satu keluarga jadi jangan terlalu kasar antara satu sama lain,” kata MP Gombak itu dalam pertemuan dengan kira-kira 100 orang anggota PKR di Seberang Jaya, semalam.

Turut mengiringi Azmin dalam program itu adalah dua ADUN Pulau Pinang – Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Malik Abul Kassim (Batu Maung), Nibong Tebal MP Mansor Othman dua ADUN Selangor – Dorayah Alwi (Sementa) dan Xavier Jayakumar (Sri Andalas).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!