malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ramkarpal sengkang mata demi rayuan Anwar
ADS

Walau baru kehilangan bapanya seminggu lalu, Rampkarpal Singh terpaksa bersengkang mata dengan seorang peguam di firmanya untuk merangka petisyen rayuan bagi mengenepikan sabitan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Zaleha Al Hayat, dari firma mendiang Karpal Singh, memfailkan rayuan tersebut pada jam 1.40 petang ini di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

“Kami (Ramkarpal dan Zaleha) bersengkang mata sejak jam 6 petang semalam untuk menulis asas rayuan ini.

"Jika ia tidak difailkan sebelum jam 3 petang ini, mungkin Anwar terpaksa menjalani hukuman penjara,” kata Zaleha.

Ramkarpal yang turut terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan bapanya serta seorang pembantu terbunuh itu kemudiannya bergegas ke Pulau Pinang untuk satu upacara keagamaan untuk mendiang Karpal.

Zaleha berkata, salinan rayuan tersebut akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

Peguam berkenaan terpaksa merangka petisyen tersebut hari ini memandangkan Pendaftar Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan permohonan Anwar untuk melanjutkan tempoh rayuan, ekoran kematian Karpal.

Dalam rayuan tersebut, peguam menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan gagal mengambil kira kenyataan dari dua pakar Australia dan juga doktor Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid yang mula-mula memeriksa pengadu kes Liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam berkenaan turut menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan yang mula-mula menyabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak dengan salah apabila menerima keterangan daripada lokap polis sedangkan bukti tersebut tidak diterima oleh Mahkamah Tinggi kerana diperolehi dengan salah.

Peguam Anwar seterusnya mengemukakan alasan bahawa hakim di Mahkamah Rayuan bertindak dengan salah apabila memutuskan berlaku tusukan ke dubur pengadu, sedangankan Hospital Kuala Lumpur menyatakan :tiada bukti konklusif berlaku tusukan” dalam laporan mereka.

Turut difailkan adalah alasan bahawa mahkamah rayuan membuat kesilapan dengan mendakwa peguam Anwar sengaja melengah-lengahkan pendengaran rayuan tersebut.

[Baca berita penuh]