malaysiakini logo
story-image
ADS

Presiden MCA Liow Tiong Lai enggan menyatakan komitmen parti itu untuk menyatakan sikap kepada Umno berhubung pendiriannya dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Dalam sidang media semalam, Liow ( kanan ) tidak menjawab soalan sama ada MCA akan meminta Umno menjelaskan kedudukan mereka, sebaliknya menyalahkan Pakatan Rakyat.

"Topik ini dicipta Pakatan. Pakatan sepatutnya menjelaskan perkara ini. Kita mesti ke soal pokok masalah ini. Mereka yang menciptanya, perlu menyelesaikannya, terutamanya di negeri Pakatan.

"DAP banyak bercakap, tetapi tidak ikhlas dalam menyelesaikan perkara ini," kata beliau.

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat.

Ia bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

[Baca berita penuh]