malaysiakini logo
story-image
ADS

Layanan terhadap seorang pemilik kafe bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diwartakan baru-baru ini mengingatkan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata peguamnya.

N Surendran dan Latheefa Koya berkata, anak guam mereka Arif Bongsu Abdul Hamid, 31, dinafikan akses pada peguam sejak ditahan kira-kira 30 anggota polis di Kajang Ahad lalu.

Peguamnya mendakwa diberitahu supaya tidak menemui Arif Bongsu buat masa ini.

“Kami tidak tahu kenapa dia ditahan, kenapa dilakukan bawah PCA atau di mana ditahan. Ia sama seperti ISA.

"Terlalu sedikit maklumat yang terdapat,” kata Surendran.

Bawah PCA, lima anggota panel boleh memutuskan untuk menahan seseorang individu sehingga dua tahun sebagai “tahanan pencegahan”, yang boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

“Pada masa ini, kami tidak tahu sama ada dia akan ditahan untuk 10 hari, sebulan, dua tahun atau empat tahun,” kata Surendran.

[Baca berita penuh]