malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bekas k'tangan PHSB 'sedikit lega' jumpa Anwar
ADS

Sepuluh daripada 23 kakitangan kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) - anak syarikat PKNS - yang ditamatkan perkhidmatan mereka pada 4 Febuari lalu, berasa 'sedikit lega' apabila dapat menyuarakan permasalahan mereka kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jurucakap kumpulan tersebut, Dr Alif Aiman Abdullah (kanan) memaklumkan bahawa pertemuan tersebut memenuhi jemputan dari Anwar petang semalam yang berlangsung selama  satu jam.

Ketika dihubungi Malaysiakini beliau berkata, pertemuan tersebut berjalan lancar dan mendapat respon yang amat baik daripada ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, apabila ditanya lanjut, beliau enggan mengulas butiran pertemuan tersebut kerana ia 'terlalu sulit'.

"Saya tiada komen untuk soalan tersebut.

"Pada saya ia terlalu sulit dan saya tidak selesa untuk memberitahu perkara itu," katanya.

Namun, Alif berharap, sebagaimana yang dilaporkan media, mereka akan diberikan penjelasan berhubung penamatan perkhidmatan mereka Selasa lalu.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan kesemua kakitangan PHSB itu menerima surat penamatan perkhidmatan mereka yang ditandatangani Pengerusinya Datin Paduka Norazlina Zakaria, dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan.

Anwar: Isu pekerja PKNS tak ganggu PRK Kajang

Bekas pekerja PKNS dakwa MB tak hirau aduan rasuah

Azmin gesa Khalid henti hukum pesaing politik

PKNS: Tak lanjut kontrak elak pertindihan tugas

'Kita semua bukan binatang!'

MB S'gor: Bukan pecat tapi tak lanjut kontrak

30 k'tangan anak syarikat PKNS dipecat