malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bekas pekerja PKNS dakwa MB tak hirau aduan rasuah
Diterbitkan:  Feb 7, 2014 5:45 PM
Dikemaskini: 9:56 AM
ADS

Beberapa pekerja kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ditamatkan perkhidmatan mereka, mahu menteri besar menjelaskan mengapa tiada tindakan diambil terhadap kes rasuah dan kes tatatertib yang telah dirujukkan kepadanya.

Bekas Ketua Bahagian Pemasaran PKNS Holdings, Alif Aiman ​​(kanan) dalam satu kenyataan bagi pihak kumpulan berkenaan berkata, bekas Pengurus Besar PKNS Othman Omar telah memaklumkan sendiri kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada tahun 2011 dan 2012, mengenai kes-kes tersebut.

Alif merujuk kepada kenyataan Khalid semalam bahawa sebahagian daripada sebab di sebalik penamatan kontrak lebih 20 kakitangan anak PKNS itu berdasarkan kepada aduan dari "pemberi maklumat" PKNS.

Alif mempersoalkan sama ada PKNS menyedari hakikat bahawa 'pemberi maklumat' itu, yang didakwanya sebagai dua pegawai PKNS, dikatakan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, tuduhan daripada pemberi maklumat yang tidak berwibawa itu terus diambil tindakan segera tanpa menjalankan penyiasatan yang adil dan saksama.

Pada masa yang sama, dakwa Alif, banyak isu disiplin dan kes rasuah yang membabitkan pemberi maklumat itu telah ditutup tanpa tindakan lanjut.

"Bercakap tentang kerajaan yang telus dan bertanggungjawab," kata kenyataan itu.

Selain dakwaan rasuah, kumpulan itu juga mahu menteri besar:

- Menjelaskan peranan setiausaha akhbarnya sendiri, Arfa Aziz dan bekas setiausaha politik dan kini CEO MB Incorporated, Faekah Husin dalam tindakan menamatkan perkhidmatan pekerja kontrak, bersama-sama dengan GM baru PKNS, Azlan Alifiah, timbalan GM Noraidah Yusof, Pengerusinya Norazlina Zakaria;

     

- Menjelaskan sebab-sebab sebenar di sebalik penamatan perkhidmatan pekerja kontrak secara tiba-tiba;

     

- Menjelaskan mengapa penamatan perkhidmatan pekerja kontrak itu tidak dilakukan mengikut prosedur dan proses sepatutnya;

     

- Menjelaskan bila terdapat perakuan politik dari mana-mana ahli lembaga pengarah PKNS atau ahli politik mengenai pelantikan kakitangan kontrak;

     

- Mendedahkan kandungan penuh laporan penyusunan semula korporat yang mengesyorkan supaya perkhidmatan kakitangan kontrak ditamatkan;

     

- Mendedahkan kos terperinci bagi pengambilan kakitangan terbabit dan tuntutan perjalanan mereka, dan bandingkan dengan pecahan kos yang sama bagi PKNS;

[Baca berita penuh]