malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
ADUN nafi terbabit laporan 'MB letak jawatan'
Diterbitkan:  Jan 25, 2014 3:32 PM
Dikemaskini: 12:37 PM
ADS

ADUN Kajang, Lee Chin Cheh menafikan spekulasi bahawa dia telah memberi maklumat yang salah kepada sebuah akhbar berbahasa Cina  bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meletak jawatan.

Lee dipetik dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata ramai yang bertanya kepadanya mengenai perkara itu.

Katanya, ia tidak masuk akal kerana beliau bukan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan beliau tidak bekerja di pejabat menteri besar itu.

Oleh kerana beliau bukan ahli MPP, Lee berkata beliau tidak menghadiri mesyuaratnya dan beliau tidak tahu apa yang berlaku di dalamnya.

Laporan tersebut tidak menamakan akhbar bahasa Cina yang terlibat, tetapi kemungkinan ia merujuk kepada Sin Chew Daily, yang menghantar SMS berita salah Khamis lalu dan kemudian meminta maaf.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata hari ini bahawa beliau tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan, tetapi menuntut penjelasan mengenai perkara itu.

[Baca berita penuh]