malaysiakini logo
story-image
ADS

Meski dengan kehadiran ketua pembangkang, ceramah menentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) malam tadi, beberapa jam sebelum protes besar awal petang ini, gagal mengumpulkan ramai khalayak.

Malah, tidak sampai 300 orang hadir untuk mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim - suasana yang berbeza sama sekali dengan perhimpunan sejurus selepas pilihan raya umum yang menyaksikan lautan manusia.

NONEPenganjur Badrul Hisham Shaharin (kiri) bagaimanapun masih yakin perhimpunan di KLCC, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat hari ini akan mendapat sambutan menggalakkan.

"Saya saya orang ramai akan turun esok. Kita kena faham, selepas pilihan raya, ramai aktivis tidak lagi berminat dengan ceramah.

"Ramai rakan-rakan yang tidak mendengar ceramah tetapi akan turun ke jalan raya," katanya kepada Malaysiakini malam tadi ketika diminta mengulas tentang sambutan suram terhadap ceramah itu.

Bantahan hari ini dijadual pada 2 petang. Peserta perhimpunan akan berkumpul di Masjid As-Syakirin sebelum berarah ke tempat persidangan Global Entrepreneurship Summit 2012.

[Baca berita penuh]