malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Jangan salahkan sempadan kawasan pilihan raya'
ADS

Parti-parti politik tidak harus menyalahkan persempadan pilihan raya atas kekalahan mereka tetapi sebaliknya hendaklah mencari strategi yang betul untuk mengeksploitasi sistem sedia ada 'first-past-the-post'. kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

abdul rashid abdul rahman Abdul Rashid (kiri ) berkata keupayaan BN merangka formula yang

betul telah memberinya kemenangan yang berterusan , dan oleh itu, pesaing mereka juga perlu mencari strategi mereka sendiri untuk disesuaikan dengan sistem tersebut.

BN, tambahnya, telah merumuskan formula yang betul betul sejak pilihan raya pertama pada tahun 1959 kerana ia menyesuaikan dirinya kepada keperluan untuk menyelaraskan strategi pilihan rayanya dengan corak geografi dan kaum di kalangan pengundi negara ini.

Sempadan pilihan raya, tegas Abdul Rashid, tidak boleh dipersalahkan atas kegagalan untuk menarik pengundi dalam persekitaran yang berbeza untuk memenangi majoriti kerusi bagi membentuk kerajaan.

Dalam temubual melalui emel dengan Malaysiakini, beliau berkata, Pakatan Rakyat pula telah menemui formula kemenangan mereka di Selangor, untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang kuat.

Ditambah dengan kemenangan Pakatan di Kelantan dan Pulau Pinang, maka katanya, adalah tidak munasabah untuk mempersalahkan amalan persempadanan kawasan pilihan raya.

Abdul Rashid ditanya sama ada hakikat bahawa BN telah memenangi 60 peratus kerusi di Parlimen dengan hanya 46 peratus undi popular dalam pilihan raya umum Mei lalu, membukti ia ada kaitan dengan amalan persempadanan kawasan pilihanraya .

NONE Beliau juga diminta mengulas hasil kajiselidik MP Serdang, Ong Kian Ming (kiri ) yang mendedahkan bahawa sesebuah parti atau gabungan hanya perlu mendapat 20 peratus undi popular untuk memenangi 112 kawasan pilihanraya paling kecil kecil , sekaligus memperoleh majoriti mudah daripada 222 kerusi Parlimen.

Untuk ini , kata Abdul Rashid, sekiranya itulah keadaannya, maka Ong perlu berusaha untuk menukar platform DAP untuk memenangi 112 kawasan pilihan raya kecil tersebut.

Persempadanan kawasan pilihan raya, tegasnya, melibatkan garispanduan dan prinsip-prinsip yang penting yang telah disusun atau diambil kira.

Dalam politik , katanya, anda hanya boleh memutarbelit satu fakta kecil untuk menang berhujah dan para penyokong pula bersetuju dengannya, tanpa melihat realiti dan seterusnya.

Dalam perkembangan yang sama , Abdul Rashid, yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang terbabit dalam persempadanan semula pada tahun 2002, menempelak Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan  Omar kerana cuba menyalahkan pasukannya terhadap wujudnya jurang perbezaan besar jumlah pengundi dalam kawasan pilihan raya

Wan Ahmad ( kanan), dalam satu forum pada bulan Jun, mengakui bahawa saiz sesetengah kawasan pilihan raya sangat sukar untuk dijustifikasikan, sebagai contoh Baling, sebuah kawasan luar bandar di Kedah yang mempunyai lebih ramai pengundi daripada ibu negeri, Alor Setar.

Wan Ahmad berkata ia sukar untuk dijustifikasikan, tetapi pihaknya pasti akan menyemaknya semula kerana itu dilakukan pada tahun 2002 dan sekarang pihaknya mempunyai panel yang berbeza.

[Baca berita penuh]