malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dua didakwa miliki bahan berkaitan Syiah
ADS

Dua individu termasuk seorang doktor wanita hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Taiping terhadap tuduhan memiliki dokumen dan buku berkaitan ajaran Syiah.

Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 31, didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dr Nur Azah didakwa melakukan kesalahan itu di No 41, Jalan Medan Kamunting, Medan Kamunting manakala Mohammad Ridzuan dituduh melakukan kesalahan berkenaan di No 125 Lorong Jelutong, Kampung Jana Sambungan, Kamunting, kedua-duanya pada 5 Ogos lepas.

Hakim Syarie Azman Saad menetapkan 8 Okt untuk sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta seorang penjamin.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.

- Bernama