malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isu kantin: Guru besar diarah bercuti
Diterbitkan:  Jul 25, 2013 4:25 PM
Dikemaskini: 9:43 AM
ADS

Guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh Mohamad Nasir Mohd Noor berkata beliau diarahkan bercuti seminggu ekoran kontroversi melibatkan bilik persalinan sekolah tersebut yang dijadikan kantin sementara untuk muridnya.

Laporan Utusan Online yang memetik kenyataan Mohamad Nasir menyebut, Jabatan Pelajaran juga akan memutuskan tindakan selepas tempoh tersebut.

NONE Mohamad Nasir berkata beliau juga membuat laporan polis atas dakwaan difitnah oleh ibu bapa dan pihak tertentu “secara tidak bertamadun”.

"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya seperti dipetik Utusan Online .

Katanya lagi, murid berkenaan juga menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai kantin sejak tiga bulan lalu memandangkan kantin sekolah tidak boleh menampung jumlah murid berkenaan.

Beliau berkata, kawasan itu juga telah dibersihkan dan dilengkapi sinki untuk mencuci tangan.

Para murid berkenaan dilarang membuang air di bilik persalinan tersebut manakala paip air di bilik persalinan tersebut juga telah dikunci, katanya lagi dalam laporan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!