malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kedah akan warta fatwa anti-Syiah
Diterbitkan:  Jul 18, 2013 9:05 PM
Dikemaskini: 5:08 PM
ADS

Kerajaan negeri Kedah akan turut mewartakan fatwa anti-Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

    

Beliau berkata fatwa itu telah pun diwarta di peringkat kebangsaan.

    

"Namun saya akan berbincang dengan Mufti terlebih dahulu sebelum melaksanakan fatwa ini di Kedah.

    

"Walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti Kedah bebas daripada fahaman tersebut," katanya kepada pemberita selepas empengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

"Kita terima aduan daripada ahli-ahli agama yang menyuarakan kebimbangan tentang penularan fahaman Syiah. Oleh itu kita akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menggazetkan fatwanya di Kedah secepat mungkin," tambah Mukhriz.

    

Beliau berkata akibat fahaman itu, turut timbul kesukaran untuk menguruskan hal berkaitan jenazah misalnya.

    

Sementara itu beliau berkata soal pemberian cuti umum di Kedah bagi sambutan Thaipusam masih dalam perbincangan.

    

"Kita masih mencari kaedah yang terbaik bagi mendapatkan cuti Thaipusam kepada kaum India dengan melihat kuota cuti am dan produktiviti pekerja.

    

"Setakat ini kuota cuti am di Kedah sudah penuh, jadi kita akan cari jalan penyelesaiannya bagi menunaikan janji yang telah dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu," katanya.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!