malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Kesilapan taktikal' manifesto BN jadi modal Pakatan
ADS

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat "kesilapan taktikal" dengan memasukkan kandungan dalam manifesto Pakatan Rakyat ke dalam manifesto BN.

Katanya, Najib kini tidak boleh lagi mendakwa dasar Pakatan akan membankrapkan negara apabila bertindak demikian.

"Sebelum ini, beliau kata dasar kita akan membankrapkan negara. Sekarang jadi boleh dilaksana," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Isu berkenaan akan dibangkitkannya dalam kempen semasa pilihan raya umum akan datang, katanya.

Tambahnya, BN hanya mengemukakan "dua tiga idea baru" dan menyadur selebihnya dari manifesto Pakatan.

Janji yang dikemukakan BN dalam manifesto berkenaan juga terlalu umum, kata Rafizi lagi.

"Dalam manifesto kami, kami berikan tempoh masa yang jelas, dengan aliran tunai dan mekanisme jelas. Itu tidak ada dalam manifesto BN.

"Selepas lima tahun jika mereka kurangkan harga tol kepada 30 sen, ia juga akan dianggap janji ditepati. Janji mereka terlalu umum," katanya.

Tambahnya, beliau dan petugas parti lain bekerja keras untuk merangka dasar berkenaan dan seterusnya menyampaikan maklumat tersebut kepada orang awam.

"Saya tidak kisah (BN) menggunakan sebahagian daripada manifesto. Tapi perlu ada kejujuran intelek mengenainya. Perlu ada makluman yang tidak memihak bahawa idea berkenaan diambil dari manifesto kami," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!