• EN
    • BM
    • 中文
    • malaysiakini
  • UTAMA | TERKINI | SEARCH
    • Najib gesa rakyat Sabah menyokongnya dan k'jaan
    • 10:16PM Ogos 10 2012
    • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Sabah untuk terus menyokong beliau dan kerajaan dalam usaha untuk "membayar balik" semangat muhibah rakyat Sabah selama ini.

      "Sepertimana komitmen arwah bapa saya dalam menggabungkan Borneo Utara dengan Malaysia bagi faedah bersama, saya juga komited untuk membayar balik semangat muhibah yang telah dibawa oleh saudara-saudara timur saya ke negara ini.

      "Sabah akan terus menjadi keutamaan dalam pembangunan Malaysia dan saya harap rakyat Sabah akan terus menyokong saya dalam menuju ke arah matlamat ini," katanya.

      Mengimbau legasi bapanya, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dalam tulisan blognya, Najib berkata bahawa keputusan Sabah menyertai Malaysia telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan negara.

       "Arwah bapa saya amat menghormati (pemimpin Sabah) OKK Sedomon, sehinggakan adakalanya arwah merujuk beliau sebagai “Bapak”.

      "Sememangnya (keputusan menyertai Malaysia) hasil daripada perjanjian itu telah memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di Asean," katanya.

      Najib, yang akan melawat ke Sabah esok, berkata sebagai balasan, kerajaan telah mengutamakan kebajikan Sabah melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).

      Ini termasuk meningkatkan kemudahan asas, membina lebih banyak jalan raya, meningkatkan bekalan elektrik dan memudahkan pengembangan MASwings daripada syarikat penerbangan khidmat masyarakat kepada sebuah syarikat penerbangan serantau bagi Sabah dan Sarawak.

      "Setiap pagi, matahari mula menyinari cahayanya ke Sabah dahulu sebelum negeri-negeri lain di Malaysia," kata Najib, di tengah-tengah spekulasi, yang beliau akan mengumumkan terma rujukan bagi suruhanjaya siasatan diraja terhadapi isu pendatang haram di sana.

      Lawatan perdana menteri ke negeri di bawah bayu itu dibuat selepas dua ahli parlimen, termasuk seorang timbalan menteri, meninggalkan BN.

      Rayuan Najib, bagaimanapun, dibuat pada masa yang sama dengan gesaan sebuah parti pembangkang baru di Sabah - State Reform Party (Star) - supaya semua parti di Sabah membuat pendirian dengan meninggalkan BN.

      Timbalan pengerusinya, Datuk Daniel John Jambun berkata tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya baru-baru ini, yang mewajarkan pewarganegaraan pendatang haram di Sabah "membuktikan bahawa dia terlibat dalam Projek IC".

      [Baca berita penuh]

       

      1. Mahathir: RCI Sabah tak perlu

      2. Mahathir mewajarkan ledakan rakyat Sabah

       

    • Layar ke
      • Berita
      • Kolum
      • Surat
    • Bahasa
      • EN
      • BM
      • 中文
    • Menu
      • Login | Langganan
      • E-mel kami
      • Telefon kami
  • © 1998-2013 Malaysiakini. All rights reserved.