malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
LGE: DAP, PAS bekerjasama 'dengan mata terbuka'
Diterbitkan:  Jul 30, 2012 4:58 PM
Dikemaskini: 9:18 AM
ADS

DAP bekerjasama dengan PAS berdasarkan prinsip bersama yang memanfaatkan rakyat dan 'dengan mata terbuka', kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sebaliknya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa bahawa  MCA, MIC Dan Gerakan "menyerah diri kepada Umno dengan mata tertutup".

guan eng meets pas representatives 240309 mat sabu Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata MCA dan Gerakan meneruskan serangan kononnya DAP menyokong PAS dalam

pelaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menurutnya "menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang".

Lim menyifatkan MCA dan Gerakan seakan-akan “pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu” dengan cubaan mereka untuk

menutup kegagalan untuk menuntut tindakan terhadap pemimpin Umno yang menyokong pelaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam.

"Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong pelaksanaan negara Islam di Malaysia dan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.

"Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah.  Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk

memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta pelaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

NONE "Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan," kata Lim.

DAP dan PAS, tambahnya, boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama "yang

menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita".

Untuk sebab itulah, katanya, DAP dan PAS telah menandatangani “dasar bersama” yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan.

Jelas, 'dasar bersama' tersebut, tegas Lim,  tidak menyebut tentang pelaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada masa depan.

Beliau mendakwa, ini berbeza dengan Umno Pulau Pinang yang telah memanggil untuk pelaksaan hudud di Pulau Pinang dan di serata negara.

Malah, katanya, ADUN Kemelah, Johor daripada Umno, Ayub Rahmat telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan “undang-undang hudud sebenar”, yang berbeza dengan versi PAS kerana “undang-undang hudud sebenar” Umno akan merangkumi rakyat bukan Islam juga.

Lim mendakwa, bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim tetapi juga Ketua Wanita Umno Kepala Batas telah meluluskan ketetapan untuk menyokong undang-undang hudud untuk semua.

Dalam erti kata lain, katanya, Umno yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrim berbanding PAS yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam.

"Saya tidak mendengar pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk Umno ataupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan kata-kata “sida politik” terhadap Umno.

"Kenapa MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin Umno terhadap hudud untuk semua?" soalnya sambil menambah DAP tidak akan menggunakan taktik jijik yang didakwanya digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap pemimpin DAP.

Menurut Lim lagi, DAP tidak pernah menyalahgunakan imuniti parlimen untuk menonjolkan video seks Soi Lek.

"Kami juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan buat terhadap saya dan keluarga saya," katanya.

Malangnya, tegas Lim lagi, keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin Gerakan terhadap Umno walaupun Umno "bagai tidak endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dikoyakkan".

Lim mendakwa bahawa Umno-lah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab injil bahasa Melayu yang  digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak.

Ini, tegasnya, berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah “Allah” seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia.

Jelas, katanya, terdapat perbezaan antara kerjasama DAP dengan PAS dan kerjasama MCA atau Gerakan dengan Umno, apabila PAS dan Umno dua-dua menyokong hudud dan negara Islam.

Menurut Lim lagi, PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin melaksanakannya ke atas bukan Islam manakala Umno didakwanya hanya menyokong hudud untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa Cina atau Inggeris.

DAP, tegas Lim, bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka, tetapi mendakwa MCA, MIC dan Gerakan "menyerah diri kepada Umno dengan mata tertutup".