malaysiakini logo
story-image
ADS

Pemuda MIC hari ini mendakwa pergaduhan melibatkan anggotanya dan PKR di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam dimulakan oleh parti lawan.

Ketuanya T Mohan berkata, kejadian bermula sewaktu rombongan MIC bertembung dengan rombongan PKR diketuai Naib Presiden N Surendran berhampiran pintu pengawal keselamatan.

NONE "Murali (ketua cabang PKR Puchong) memulakan pergaduhan. Kenapa hanya dia seorang sahaja dipukul dan orang lain tidak langsung cedera?" kata Mohan.

Susulan insiden itu, tambah Mohan, Pemuda MIC bertindak membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul tengah hari tadi.

Kenyataan itu bertentangan sama sekali dengan dakwaan PKR semalam bahawa mereka diserang Mohan dan "samseng" sewaktu mahu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Naib Presiden PKR N Surendran dan ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam mendakwa akibat kejadian itu, mereka mendakwa Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya.

'Takkan kita tengok saja'

Menceritakan kembali kejadian itu, Mohan mendakwa, penyokong PKR juga membawa kain rentang berunsur provokasi walaupun mendakwa hadir ke sana untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan orang India.

NONE Menurutnya lagi, kekecohan berhampiran pintu pengawal keselamatan bermula apabila seorang pemimpin Pemuda MIC ditolak sewaktu kedua-dua rombongan cuba masuk ke pejabat perdana menteri.

"Tiada sesiapa bersetuju dengan tindakan keganasan namun, perkara (di luar jangkaan) berlaku.

"Semasa hendak masuk ke pejabat mula (berlaku) tumbuk-menumbuk," kata Mohan sambil mendakwa mereka hanya mempertahankan diri.

"Takkan budak-budak MIC kena pukul kita tengok (sahaja)."

Bagaimanapun, beliau menafikan MIC membawa samseng ke Putrajaya seperti didakwa Surendran.

Kesal orang Islam diperlekeh

Sementara itu, Koordinator Pasukan Siber Nambikei Pemuda MIC G Kalaichelvan menafikan dakwaan Surendran bahawa mereka cuba menyerang seorang pelajar India bermasalah kad pengenalan yang mengikuti rombongan itu.

Sebaliknya, dakwa, Kalaichelvan, Surendran menjadikan pelajar itu sebagai "perisai".

Beliau juga mendakwa PKR semalam merperolok-olokkan perdana menteri dengan membawa replika kad pengenalannya" Najib A/L Razak".

"Kita kesal seorang Islam diperlekehkan," kata Kalaichelvan lagi.