malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nallakarupan dakwa Anwar tak layak jadi PM
Diterbitkan:  Mar 20, 2012 7:43 AM
Dikemaskini: Mar 20, 2012 5:55 AM
ADS

Ahli Dewan Negara Datuk S Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

nallakarupan interview 231107 respond Bercakap pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kuala Lumpur, petang semalam, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa Pakatan Rakyat boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya dipetik Bernama .

Sementara itu, Utusan Malaysia pula melaporkan Nallakarupan secara terbuka mendakwa Anwar sebagai seorang biseksual.

Ini, katanya, berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan ketua umum PKR itu sebelum ini.

nallakarupan interview 230307 nalla anwar ibrahim shaking hands Menurut akhbar milik Umno itu lagi, Nallakarupan mendakwa, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan beliau sendiri pernah melihat aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan sama ada bersama lelaki atau wanita.

''Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang yang merangkumi PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk kerajaan pada masa depan,'' katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!