malaysiakini logo
story-image
ADS

Walaupun memang selesa dalam pilihan raya kampus Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) tetap mengemukakan bantahan terhadap kemenangan calon lawan pro-Aspirasi di sebuah fakulti.

NONE Mereka mendakwa kemenangan Ummi Nazirah Khairuddin di Fakulti Sains Kesihatan tidak sah kerana gagal hadir ke bengkel calon yang menjadi syarat wajib layak bertanding.

 

'Kita hantar bantahan bukan untuk menambahkan kerusi. (Kemenangan) ini cukup selesa, tetapi prinsip kita letak di hadapan," kata ahli majlis Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) Mohd Hilman Idham.

Dalam pilihan raya semalam, selepas tujuh tahun penantian, pro-M menang bergaya di 22 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan. Pro-A memperolehi 15 kerusi.

Mereka menambah lapan kerusi daripada 14 pada tahun lalu.

Dalam sidang media di pejabat pro-M UKM di Bangsar, Mohd Hilman berkata bantahan bertulis mereka jawatankuasa rayuan pemilihan kampus berhubung isu itu pagi esok.

Berhubung pembentukan kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Mohd Hilman berkata pihaknya esok akan bertemu dengan Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Sharipah Hapsah Syed Hasan Shahabudin untuk membincangkan perkara itu.

Menurut pelajar jurusan Sains Politik itu lagi, perkara penting itu akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu.