malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Wang judi untuk warga emas', aduan ke SKMM
ADS

Kerajaan Pulau Pinang mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang penulis blog bahawa wang yang diberi kepada warga emas negeri itu adalah dari sumber judi.

penang lodge mcmc report against blogger 210910 ng wei aik Setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng - Ng Wei Aik menyerahkan surat itu kepada SPRM cawangan utara di pejabatnya di Butterworth hari ini.

Aduan Ng itu merujuk kepada dua artikel yang disiarkan di blog pisau.net - Gempar! Wang Ehsan 100, Warga Mas Makan Duit Judi? dan Kerajaan Negeri Tak Jawap, Boleh Percayakah Guan Eng? - yang dimuat-naikkan pada 17 September dan 19 September.

Ng yang juga ADUN Komtar berkata dakwaan dalam dua artikel berkenaan adalah tidak berasas dan bertujuan memfitnah kerajaan negeri.

Katanya, tuduhan kerajaan negeri Pulau Pinang mengunakan wang daripada hasil perjudian bagi membayar warga emas RM100 setiap seorang dan keluarga yang meninggal dunia diberi pampasan RM1,000 adalah tidak benar.

azlan "Kerajaan Pulau Pinang adalah negeri pertama yang membantah cadangan pelaksanaan judi sukan.

"Justeru bagaimana kami boleh dituduh menggunakan wang daripada perjudian untuk menyokong program kami?

"Hakikatnya adalah wang itu datangnya daripada penjimatan kerajaan kerana kami tidak menipu wang rakyat,” katanya kepada pemberita.

Ng, yang juga adalah setiausaha pemuda sosialis DAP berkata aduan itu dibuat supaya SKMM menyiasat penulis blog itu dan tindakan sewajarnya diambil ke atasnya.

Pegawai SKMM Mohd Rashdi Hasan menerima laporan dari Ng, tetapi enggan mengulas perkara itu.

Malaysiakini juga sudah menghantar e-mel kepada editor pisau.net untuk komennya tetapi sehingga berita ini dimuat-naik tiada respon daripadanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!