malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau
Diterbitkan:  Aug 27, 2010 6:15 PM
Dikemaskini: Aug 28, 2010 12:39 PM
ADS

Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

NONE Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

"Mais memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.

NONE "Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.

"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."