malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik
Diterbitkan:  Aug 11, 2010 6:40 PM
Dikemaskini: 11:35 AM
ADS

Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.

NONE Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha ( kanan ) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.

Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.

"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."

Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05 "Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."

"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.

"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!