malaysiakini logo
story-image
ADS

Baru sehari Perhimpunan Agung Umno berakhir, kerajaan Umno di Melaka mengumumkan keputusannya untuk kekal mengambil tanah rizab Melayu di Kampung Sungai Jerneh untuk dijadikan empangan.

Perkara ini disebut oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Harun dalam berita Astro Awani semalam.

Kampung Sungai Jerneh berusia hampir 200 tahun. Rumah-rumah di kampung ini dibina sejak tahun 1830-an dan mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Di kampung inilah pahlawan Melayu Dol Said berkubu pada 1832 selepas tewas dalam pertembungan dengan Inggeris di Tabuh Naning.

Bagi Pemuda PAS, kerajaan sepatutnya membangunkan kampung ini menjadi produk perlancongan sejarah di negeri Melaka.

Usaha mesti dijalankan agar kampung ini diiktiraf agensi PBB sebagai tapak warisan dunia.

Keperluan pembinaan empangan mesti dialihkan ke lokasi yang tidak didiami penduduk apatah lagi perkampungan tradisi bersejarah.

Isu kehilangan 70 peratus tanah rizab Melayu menjadi topik hangat bermula Perhimpunan Pemuda Umno dan seterusnya Perhimpunan Agung Umno serta disebut presiden Umno dalam penggulungannya.

Namun tindakan ketua menteri Melaka yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri mengekalkan usaha kerajaan mengambil tanah kampung ini sehari selepas Perhimpunan Agung Umno berakhir.

Ia menampakkan penegasan mereka dalam Perhimpunan Agung Umno hanya satu lakonan dan kepura-puraan meraih sokongan politik.


MOHD NASAIE ISMAIL adalah ketua penerangan Pemuda PAS.

Lihat Komen