malaysiakini logo
story-image
ADS

Kerajaan negeri mengambil maklum akan kekesalan yang disuarakan oleh Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang berkenaan dengan kenyataan Saudara Iszuree Ibrahim, ahli Majlis daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang didapati salah dan bercanggah dengan fakta sebenar.

Kerajaan negeri juga menyambut baik niat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang untuk memperbetulkan keadaan yang berlaku.

Hakikatnya, sebagai seorang ahli majlis beliau perlu lebih faham polisi sebenar yang diamalkan kerajaan negeri yang sebenarnya adalah prorakyat dan senantiasa bersikap tegas terhadap man-mana pemaju yang gagal mematuhi peraturan serta gagal menyelesaikan permasalahan berkaitan peneroka bandar (setinggan).

Insiden yang terjadi ini amatlah dikesali dan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua, terutamanya anggota kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bahawa pentadbiran kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada kritikan, pandangan dan ulasan yang berasaskan fakta.

Kerajaan negeri menjunjung prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara tetapi tidak akan berkompromi terhadap fitnah, penipuan dan tuduhan yang tidak berasas.

Sementara itu kerajaan negeri akan membincangkan status Saudara Iszuree Ibrahim sebagai Ahli Majlis MPPP dalam Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada Rabu, 8 Oktober 2014.


DR AFIF BAHARDIN exco pertanian dan industri asas tani, pembangunan desa dan kesihatan.

Lihat Komen