malaysiakini logo
story-image
ADS

Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara berbilang kaum dan kaya-raya, saya cukup sedih betapa malangnya rakyat negara ini mempunyai sebuah kerajaan yang dipimpin oleh ramai individu yang sering tunjuk juara mempertahan nama Allah.

Tetapi dalam masa yang sama merekalah menjadi perosak agama, perosak kestabilan politik dan perosak ekonomi negara.

Bagaimana rakyat kebanyakan yang dihimpit masalah kenaikan harga barang yang sangat menakutkan boleh selesa dan aman menjalani kehidupan hari-hari?

Kita melihat gelagat pemimpin negara masih bermain wayang kulit, menari-nari di atas pentas kuasa dengan alunan lagu dondang sayang, melentokkan kepala rakyat dan terangguk-angguk mendapat BR1M.

Nama Allah menjadi modal menidakkan pula tindakan ‘menggulingkan kerajaan’.

Satu soalan yang boleh kita tanyakan pada diri kita, sejak bila orang kafir boleh menyebut Allah dengan betul?

Sejak bila pula Allah satu nama unggul bagi Tuhan seluruh alam, nama-Nya tidak boleh disebut oleh manusia selain dari penganut Islam saja?

Menghalakan senjata emosi dan nafsu amarah kepada orang kafir, siapakah yang berikan kebenaran cetakan Bible versi Bahasa Melayu?

Islam itu sungguh cantik, janganlah menjadikan diri kita sebagai objek yang menghalang bukan Islam melihat kecantikan itu.

Cukuplah dengan semua tindakan bodoh yang menonjolkan sifat bangang, angkuh dan gila kuasa! Sila ikhlas perhatikan rakyat, kami sudah bosan!

Hari ini cerita sayur kangkung turun harga. Terima kasih BN. Sekian terima kasih.