malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Membunuh keluarga Kardashian
Diterbitkan:  Apr 26, 2017 12:55 PM
Dikemaskini: 5:25 AM
ADS

Meskipun mempunyai ramai peminat, keluarga Kim Kardashian juga tidak ketinggalan memiliki senarai panjang individu yang membenci mereka, termasuk golongan selebriti sendiri.

Baru-baru ini, seorang penulis di Hollywood membayangkan penyeksaan dan pembunuhan kejam terhadap keluarga Kim Kardiashan dalam sebuah novel terbarunya.

Berjudul Killing Kardiashian, novel itu memaparkan kisah penjenayah yang memakai topeng Taylor Swift, memburu dan membunuh setiap anggota keluarga selebriti itu dalam tempoh 24 jam.

Pengarangnya, John Jetsyn Tache menjelaskan novelnya sebagai satira, tetapi ramai mengkritiknya kerana tidak sensitif berikutan kejadian rompakan dan cubaan merogol yang hampir menimpa Kardashian di Paris tahun lepas.

Walaupun begitu, beberapa studio filem Hollywood cuba membida bagi mendapatkan hak untuk mengadaptasi buku itu ke layar perak, menurut Daily Star.

Tache, 56, yang pernah menjadi penulis skrip selama lebih 20 tahun, berkata dia menulis buku itu untuk membalas dendam terhadap Kardashian kerana "merosakkan" rancangan televisyen.

"Kardashians membunuh drama, jadi mereka perlu untuk dibunuh," katanya.

Ibu kepada dua anak itu sebelum ini mendedahkan peristiwa hitam rompakan bersenjata yang dialami ketika rancangan Keeping Up With The Kardashians.

Sewaktu mendedahkan kisah itu, Kim menangis mengenangkan perkara buruk yang mungkin menimpanya seperti dirogol atau dibunuh perompak.

Tache bagaimanapun mendakwa telah mula menulis novel berkenaan enam bulan sebelum pengalaman ngeri itu menimpa Kim.

“Adakah saya perlu berasa simpati terhadap Kim kerana dia perlu melalui semula senario sebagai tahanan di dalam buku itu? Sudah tentu tidak,” katanya.

Keeping Up With The Kardashians adalah satu siri realiti televisyen Amerika yang memaparkan kehidupan peribadi dan profesional daripada keluarga Kardashian.

Program realiti TV yang bermula pada 2007 itu turut menampilkan saudara Kim- Kourtney, Khloe Kardashian dan saudara tiri mereka Kendall dan Kylie Jenner.

Rancangan realiti TV popular itu bukan sahaja membuatkan Kim Kardashian dan keluarganya bertambah kaya, malah mereka dianggap sebagai antara selebriti paling berpengaruh di Hollywood.

Lihat Komen