malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Siti rancang fun-ride dengan jaguh keirin dunia
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 3:29 PM
Dikemaskini: 7:47 AM
ADS

Selepas menerima kejutan istimewa dari 'The Pocket Rocketman', penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memasang harapan untuk mengadakan program khas berbasikal 'Fun Ride' bersama jaguh pelumba negara itu.

Siti berkongsi kisah itu menerusi akaun Instagramnya dan menerusi semakan Malaysiakini setakat petang ini, status itu mendapat lebih daripada 43,000 like.

“Saya berbesar hati dan teruja untuk Fun- Ride bersama #thepocketman...Sitizones! Bersiap-sedia,” katanya.

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara itu dihadiahkan sepasang sarung tangan dari jaguh pelumba negara yang diberi julukan 'Pocket Rocketman' atau nama sebenarnya Mohd Azizulhasni Awang, 29.

Sarung tangan itu pernah digunakan oleh Azizulhasni semasa di Sukan Olimpik.

Azizulhasni juga turut merakam detik istimewa ketika pemberian hadiah itu kepada Siti.

“Ia adalah satu penghormatan dapat bertemu Dato @CTDK petang ini. Ia sentiasa bagus dapat bertemu kamu Datuk. Sarung tangan basikal dari saya untuk Datuk itu adalah satu kejutan.

“Kepada peminat CTDK dan Kumpulan Azizul, tunggu maklumat terbaru kerana kami sedang merancang untuk Fun-Ride bersama peminat tidak lama lagi.

“Saya berharap Datuk dan suami kekal aktif berbasikal dan memberi inspirasi kepada rakyat negara ini mengamalkan kehidupan sihat,” katanya dalam akaun Instagram miliknya.

Azizulhasni Khamis lalu, menjuarai acara Keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong dan seterusnya bercita-cita menggondol pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Tokyo.

Sementara itu, Utusan Online hari ini melaporkan keinginan penyanyi Cindai itu masih di peringkat perancangan.

“Hal itu boleh dilakukan jika ada waktu bersesuaian dan kena pada masa.

“Saya memang kagum dengan pencapaian Azizul dan kebetulan saya juga sekarang rajin berbasikal bersama suami sebagai satu aktiviti riadah,” katanya.

 

Lihat Komen