malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Komposer Johan Nawawi meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 24, 2017 9:36 AM
Dikemaskini: 3:51 AM
ADS

Komposer terkenal, Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Malam tadi Johan, 52, dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana masalah kesihatan.

Jenazah Johan akan disempurnakan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya selepas solat Jumaat.

Sepanjang kariernya, Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Naluri, Desa Tercinta dan Samudera.

Difahamkan, jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya serta dikebumikan selepas solat Jumaat.

Lihat Komen