malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Lena didenda RM10,000 kerana tayang dokumentari
ADS

Pengurus program bagi NGO Komas, Lena Hendry hari ini dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menayangkan dokumentari mengenai perang saudara di Sri Lanka bertajuk "No Fire Zone" empat tahun lalu.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira faktor-faktor yang mendesak dan mengarahkan Lena membayar denda hari ini.

Lena didapati bersalah pada 21 Februari kerana menayangkan dokumentari berkenaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela Kuala Lumpur, pada pukul 9 malam pada 3 Julai 2013.

Beliau diwakili New Sin Yew dan Joshua Tay, manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Aftal Mariz mewakili pihak pendakwaan.

Pada mulanya, Lena dibebaskan pada 10 Mac tahun lepas tanpa dipanggil untuk pembelaan.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan beliau dipanggil membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Lihat Komen