malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Disney pula tangguh tayangan Beauty and the Beast
Diterbitkan:  Mar 14, 2017 10:53 AM
Dikemaskini: 4:18 AM
ADS

Walt Disney memutuskan untuk menangguhkan tayangan Beauty and the Beast di Malaysia, selepas lembaga penapisan Malaysia memotong babak berkaitan gay dalam filem itu.

Dua rangkaian panggung wayang di Malaysia memberitahu AP filem itu ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu.

Tiada penjelasan diberikan, menurut laporan itu lagi.

Pengerusi LPF Abdul Halim Abdul pula dipetik sebagai berkata beliau tidak tahu menahu sebab langkah itu diambil.

Beliau bagaimanapun berkata babak homoseksual memang dilarang di Malaysia dan filem itu diberikan penarafan P13, untuk kanak-kanak lebih 13 tahun dan mendapat bimbingan ibu bapa.

Filem itu mencetuskan kontroversi selepas majalah di United Kingdom melaporkan pengarahnya Bill Condon sebagai berkata, watak Le Fou (lakonan Josh Gad), terlibat dalam “detik-detik eksklusif gay” dalam filem itu.

Filem lakonan Emma Watson, Dan Stevens dan Luke Evans itu sepatutnya ditayangkan pada 16 Mac ini.

GSC dan TGV berjanji akan memulangkan kembali wang kepada penonton yang telah membuat tempahan awal.

[Baca berita asal]

Lihat Komen