malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Shah Rukh: Wanita perlu diberi peluang sama rata
Diterbitkan:  Mar 7, 2017 6:16 PM
Dikemaskini: 10:25 AM
ADS

Bintang Bollywood Shah Rukh Khan percaya istilah ‘memperkasakan wanita’ yang sering ditujukan kepada golongan itu kurang tepat, sebaliknya perkataan sebenar sepatutnya merujuk kepada peluang sama rata.

“Kita kerap berkata memperkasakan wanita, saya anggap perkataan itu tidak sesuai. Ia umpama berkata selamatkan planet.

“Kita tidak selamatkan planet kerana planet yang menjaga dan menyelamatkan kita.

“Sama juga apabila kita berkata memperkasakan wanita, tiada perkara seperti itu. Mereka lebih berkuasa dari kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan ikhlas benarkan semua wanita bersaing di padang yang rata. Itu saja yang diminta mereka,” kata Shah Rukh seperti dilapor Times of India.

Aktor berusia 51 tahun itu percaya dunia didominasi oleh kaum lelaki.

“Ia adalah dunia tidak adil. Ia dunia lelaki. Kita telah ambil kesempatan untuk kesekian lama. Kita perlu menawarkan mereka hak sama rata.

“Apabila pembelajaran diberikan kepada seseorang wanita, hasilnya lebih meluas daripada lelaki.

"Mereka akan menyampaikannya kepada anak-anak, masyarakat dan semua,” katanya.

Shah Rukh dan Anushka Sharma terbabit dalam pertunjukan untuk rekaan Manish Malhotra koleksi 2017 edisi Mijwan untuk acara amal Shabana Azmi.

Shabana - seorang aktres era 1970an - yang hadir pada majlis berkenaan turut memuji Shah Rukh kerana memberi ruang kepada wanita dalam filem dihasilkannya.

“Shah Rukh berkeras untuk meletakkan kredit nama Deepika Padukone di atas namanya. Pada ketika itu saya berkata sikap itu amat mengagumkan tetapi apa lebih hebat adalah sekiranya dia menghasilkan filem menjurus kepada wanita dan hanya melakonkan watak kecil.

“Akhirnya dia menghasilkan Dear Zindagi,” kata Sharbana.

Lihat Komen