malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Teater 'We Are Human' ungkap kisah pelarian
ADS

Pada esok dan Ahad ini akan dipentaskan sebuah teater yang memaparkan pengalaman pahit manis pelarian yang mencari perlindungan di Malaysia.

Teater 'We Are Human' atau 'Kami Adalah Manusia' akan berlangsung sempena Festival Makanan dan Kesenian Timur Tengah FAME) di BlackBox, Publika di Solaris Dutamas di Kuala Lumpur.

Ia adalah arahan aktor dan pengarah Razif Hashim.

Festival itu pula dianjurkan oleh para pelarian sendiri yang dikelolakan oleh Razif’s Arara Entertainment dengan kerjasama Wavemakers - bengkel jenama dan digital sedunia kelolaan Nadzirah bersama dua rakannnya Rachel Lai dan Sasha
Yusof.

"Saya tidah mahu berpolitik atau cuba memprovokasi sistem semasa," demikian kata Razif apabila ditanya mengenai teater itu.

Terdapat beberapa sebab mengapa beliau mementaskan teater itu daripada sekadar membuat penceritaan biasa.

Menurut beliau, plot We Are Human adalah berdasarkan kepada pengalaman sebenar yang dialami para pelakonnya yang kesemua mereka daripada Timur Tengah yang sedang mencari perlindungan sementara dan kasih sayang di Malaysia.

Ia menceritakan pengalaman sedih tiga wanita dan anak masing-masing - dua lelaki dan seorang perempuan yang merasa kecewa kerana impian mereka untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara ini berkecai begitu sahaja.

Penulis yang berkesempatan menyaksikan latihan teater berkenaan dapat merasakan perasaan para pelarian apabila tidak diterima untuk menumpang di negara orang seperti yang dijanjikan kepada mereka terlebih awal.

"Selain ia dicetuskan untuk menjentik minda kita, ia juga bertujuan
memberitahu tahu penonton mengenai aspek kemanusiaan yang perlu dijunjung. Para pelarian ini sekadar tidak bernasib baik kerana negara mereka munsah akibat dilanda peperangan dan konflik lain," kata Nadzirah yang merupakan adik kepada Razif.

Mereka berkata FAME disokong sepenuhnya oleh Suruhanjaya bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHCR) untuk mempromosi makanan, kesenian dan kebudayaan pelarian.

Mengenai latihan para pelakon, Razif berkata mereka menjalani latihan secara berperingkat - sebelum menaiki pesawat, dalam penerbangan, ketika transit dan mencari perlindungan dan keselamatan sebelum dapat ditempatkan.

"Semasa transit di sini, mereka dalam keadaan terumbang-ambing. Tiada sebarang kepastian masa depan kerana mereka memerlukan pekerjaan, perlu membayar sewa, membeli makanan dan mendapat pendidikan sementara untuk anak-anak mereka,"
tambah Nadzirah.

Beliau berkata oleh kerana para pelarian memegang kad UNHCR, mereka tidak boleh diambil bekerja dan sekirang mereka mendapat pekerjaan, pihak berkuasa akan menahan dan menyoal mereka pula.

Rafiz menekankan niatnya untuk mementaskan We Are Human bukan untuk memprovokasi sebarang sistem sedia ada tetapi sekadar menceritakan perihal sebenar keadaan yang terpaksa pelarian lalui dengan harapan dapat menimbulkan pemahaman yang lebih baik dalam kalangan semua pihak.

"Saya dan Nadzirah berharap para penonton teater ini nanti faham mengenai penderitaan pelarian walaupun mereka diterima," jelas Razif.

Maklumat lanjut mengenai teater ini boleh dilayari di www.facebook.com/FAMEfestivalkl atau menghubungi 012-302 3253 (Norlin), 013-380 5020 (Farah). Harga tiket ialah RM99. -Bernama

Lihat Komen