malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Nama Taimur buat Saif, Kareena berdepan masalah
Diterbitkan:  Feb 24, 2017 3:59 PM
Dikemaskini: 8:06 AM
ADS

Tidak tahan cemuhan membuatkan bintang Bollywood, Saif Ali Khan, mempertimbangkan cadangan untuk menukar nama bayi lelakinya walaupun mendapat tentangan isteri, Kareena Kapoor.

Menurut aktor itu, kebarangkalian nama Taimur ditukar memang ada dan ia mungkin dibuat apabila usia anaknya mencecah setahun.

“Saya tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai hal ini dan ada terfikir buat kali kedua mengenai perkara itu selama beberapa minggu.

“Kareena tidak bersetuju dengan idea itu kerana katanya masyarakat menghormati kamu kerana pendapat diberi dan apa yang tidak.

“Justeru saya memberitahunya, ia bukan mengenai pandangan umum. Saya cuma tidak mahu dia tidak popular,” katanya seperti dilapor Hindustan Times.

Nama Taimur hebat diperkatakan di India kerana bayi lelaki itu dikatakan diberi nama sempena pemerintah Turki, Timur yang pernah menyerang India.

Timur atau lebih dikenali sebagai Timurlang adalah pengasas Empayar Timurid pertama di Parsi dan Asia Tengah.

Sudah lewat atau belum

Timurid dianggap pemerintah paling berkuasa dalam kerajaan Islam selepas menewaskan Mamluk dari Mesir dan Syria.

Kareena - isteri kedua Saif - melahirkan Taimur pada 20 Disember tahun lalu di hospital Mumbai.

Saif yang pernah menerima Anugerah Filem Nasional bagi pelakon terbaik menerusi Hum Tum itu pernah berkahwin dengan Amrita Singh, juga seorang aktress namun bercerai pada 2004.

Bersama-sama Amrita, Saif dikurniakan dua anak iaitu Sara, 23, dan Ibrahim, 15.

Bagaimanapun, Saif sebenarnya masih teragak-agak dengan pendiriannya untuk menukar nama anak walaupun telah berkali-kali cuba mengilhamkan yang baru.

“Mungkin saya akan menukar namanya dalam masa terdekat, tetapi saya benar-benar kurang pasti apa perlu dilakukan.

“Saya dan bersama seseorang dalam pihak pengurusan ada menulis beberapa nama di kertas tetapi apabila membacanya semula, ia kelihatan amat menyedihkan hingga saya menukar idea berkenaan.

“Jika saya mendapati Taimur bakal berdepan masalah di sekolah, namanya tetap akan ditukar. Cuma saya kurang pasti sama ada sudah terlambat atau belum berbuat demikian,” katanya.

Lihat Komen