malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Absent Without Leave ditayang percuma di internet
Diterbitkan:  Feb 20, 2017 6:35 PM
Dikemaskini: 11:59 AM
ADS

Filem dokumentari Absent Without Leave yang diharamkan tayangannya di Malaysia kerana didakwa berunsur komunis, kini boleh ditonton di atas talian.

"Ia satu kesalahan untuk menayangkan filem itu di pawagam Malaysia.

"Oleh itu, kami ambil keputusan agar filem itu boleh ditayang secara percuma di Internet - hanya untuk penonton Malaysia - pada 28 Februari sehingga 5 Mac," kata penerbit, Hummingbird di laman Facebook.

Filem arahan Lau Kek Huat itu memaparkan perjalanan menjejaki sejarah keluarganya, termasuk peranan bapanya dalam pemberontakan komunis.

Mereka yang ingin menonton filem itu diminta untuk klik pada halaman acara yang diwujudkan oleh syarikat produksi itu di Facebook.

Mereka kemudian akan menghantar pautan untuk menonton filem itu secara percuma, selagi penonton masih berada di Malaysia.

Leave Without Absent, sebelum ini bertanding pada Festival Filem Busan dan memenangi Audience Choice Award dalam Festival Filem Antarabangsa Singapura.

Di Singapura, ia dikategorikan sebagai 'NC16 - kandungan matang' untuk penonton berusia 16 dan ke atas.

Lau sebelum ini menerima Anugerah Filem Pendek Terbaik dan Anugerah Pengarah Terbaik oleh Taiwan Golden Harvest Festival.

Filem-filem lain yang berkaitan pemberontakan komunis seperti The Last Communist dan The New Village turut dihalang daripada ditayang di pawagam Malaysia.

Bagaimanapun, The Last Communist, yang merupakan filem arahan Amir Muhammad, juga boleh ditonton menerusi atas talian.

Lihat Komen