malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Stacy, Akim timang cahaya mata sulung
Diterbitkan:  Feb 17, 2017 10:17 PM
Dikemaskini: 2:25 PM
ADS

Pasangan Akim Ahmad dan Stacy selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada pukul 5.17 petang hari ini

Akim berkongsi kegembiraan itu buat tatapan peminat menerusi akaun Instagram miliknya kira-kira dua jam lalu.

"17.02.17: 17.17 pm di petang Jumaat, penghulu segala hari isteri saya telah selamat melahirkan putri kami," tulisnya.

Akim memuat naik gambar berwarna hitam putih menunjukkan jari memegang bayi.

Setakat semakan Malaysiakini sebentar tadi, seramai 37, 981 peminat menyukai gambar yang dimuat naik.

Akim dan Stacy diijabkabulkan pada 5 Februari tahun lalu di sebuah majlis diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Di majlis itu, Akim atau nama penuhnya Afiq Akim Ahmad, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 sementara wang hantaran tidak dinyatakan.

Pasangan itu pernah mengikat tali pertunangan pada 26 September setahun sebelumnya dalam sebuah majlis diadakan di Kuala Lumpur.

Sebelum berkahwin, Stacy terlebih dahulu memeluk Islam di pejabat agama Islam, Johor Bahru pada 24 Ogos 2015.

Menerusi status sama dimuat naik Akim, penyanyi Potret itu tidak lupa berterima kasih di atas sokongan diberikan oleh peminat.

"Syukur, semuanya baik-baik sahaja terima kasih di atas doa anda semua," katanya.

Lihat Komen