malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelukis protes Trump dengan dakwat dari darah sendiri
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 4:59 PM
Dikemaskini: 9:07 AM
ADS

Artis muda Amerika Syarikat Illma Gore sudah sedia terkenal dengan bantahan kreatifnya terhadap bakal presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang didakwa rasis.

Bagaimanapun, kali ini protesnya agak berbeza apabila menghasilkan lukisan mural menggunakan darah 50 penderma, termasuk dari tubuhnya sendiri, lapor CNN.

“Darah ini sama macam cat air.

“Baunya sedikit pelik,” katanya menceritakan pengalaman melukis karya bertajuk “Rise Up Thy Young Blood” itu.

Gore berkata mural itu dihasilkan bagi menunjukkan rasa setiakawan dengan pihak yang berapa terpisah selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden.

Mural 10 kali 15 kaki itu dilhamkan oleh lukisan terkenal Henry Mosler pada abad ke-19, “The Birth of the Flag” yang memaparkan proses bendera negara itu dijahit.

Lukisan Gore bagaimanapun memaparkan seorang lelaki kulit putih memakai topi bertulis slogan kempen Trump "Make America Great Again", seorang anggota polis, perempuan Latin yang memegang bendera Amerika dan pasangan Islam yang memegang seorang bayi.

Lukisan itu kemudian dipamerkan hanya sehari di Galeri Samuel Freeman di Los Angeles.

Gore sebelum ini menghasilkan lukisan Trump bertelanjang bogel tanpa seurat benang pun.

Lihat Komen