malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Zsa Zsa Gabor kini hanya tinggal nama, cerita
Diterbitkan:  Dec 19, 2016 4:11 PM
Dikemaskini: 9:01 AM
ADS

Bintang filem, penghibur dan sosialit legenda, Zsa Zsa Gabor, meninggal dunia semalam, hanya kira-kira dua bulan sebelum usianya genap seabad.

Jurucakap aktres itu, Ed Lozzi, berkata Gabor meninggal duia akibat kegagalan jantung. Sejak 2002 dia memang terpaksa bergantung kepada kerusi roda kesan daripada kemalangan jalan raya dialaminya.

Pelakon The Naked Truth itu mula menjadi penghias layar perak seawal 1952 melalui empat filem, termasuk Moulin Rouge dan Lovely To Look At.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Gabor:

  • Nama asalnya ialah Sari Gabor
  • Lahir pada 6 Februari 1917 di Budapest, Hungary
  • Menjadi Ratu Hungary pada 1936 (berusia 19 tahun ketika itu)
  • Berkahwin sekurang-kurangnya sembilan kali dan bercerai tujuh kali
  • Antara lelaki yang pernah menjadi pasangan hidupnya adalah playboy terkenal pada zaman berkenaan
  • Berhijrah ke AS pada 1941 dan menjadi buruan penerbit serta pengarah filem kerana tarikan fizikalnya yang bergaya Eropah
  • Dimasukkan ke hospital berkali-kali sejak 2010 apabila mengalami patah pinggang akibat terjatuh. Pada 2011 sebelah kakinya dipotong
  • Kisah dirinya bukan saja disiarkan kerana bakat dan penampilan dalam filem, malah lebih kerap melalui gosip di pojok media massa
  • Antara kata-katanya yang diingati ramai: "Saya seorang penjaga rumah yang hebat. Setiap kali saya bercerai, saya dapat rumah."
  • Dengan bantuan penulis upahan, Gabor memanfaatkan kontroversi, gaya hidup dan kisah peribadinya untuk menghasilkan empat buku:
  1. Zsa Zsa Gabor: My Story (1960)
  2. Zsa Zsa's Complete Guide To Men (1969)
  3. How To Catch A Man, How To Keep A Man, How To Get Rid Of A Man (1970)
  4. One Lifetime Is Not Enough (1991)
  • Tanpa menyanyi, berlakon atau membuat persembahan Gabor tetap mengekalkan populariti - walaupun sesetengah pihak bertegas mendakwa dia "sentiasa melakukan persembahan" di mata umum
  • Sebagai perbandingan, Anna Nicole Smith, Paris Hilton dan Kim Kardashian adalah Gabor pada zamannya
  • Ketika zaman kegemilangan Gabor terkenal dengan gaya hidup mewah
  • Satu daripada 'sejarah' pernah dicatat Gabor ialah tidak membayar bil hotel yang diinapinya, serta bersengketa dengan rakan aktres, Elke Sommer
  • Pada 14 Jun 1989 Gabor dituduh menampar muka seorang anggota polis Beverly Hills kerana menahannya atas kesalahan jalan raya. Hakim kemudian mengarahkan dia dipenjara 72 jam
  • Gabor berkahwin dengan hartawan Conrad Hilton pada 1942. Rumahtangga mereka bertahan lima tahun
  • Satu-satunya waris Gabor adalah Francesca Hilton yang merupakan moyang saudara Paris Hilton
  • Ketika menghembus nafas terakhirnya Gabor adalah isteri kepada Frederic Prinz von Anhalt yang dikahwininya pada 1986

 

Lihat Komen